TERMA & SYARAT PERKHIDMATAN

             

PelanLori.com dan DuniaLori.com ialah jenama dan platform perkhidmatan yang dimiliki dan dioperasikan sepenuhnya oleh MO Global Venture. Semua urusan, komunikasi, pembayaran dan perkhidmatan yang dijalankan di bawah nama PelanLori.com dan DuniaLori.com adalah tertakluk kepada Terma & Syarat yang ditetapkan oleh MO Global Venture.

Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan semua terma berikut. Sila baca dengan teliti sebelum membuat tempahan.


1. PERMULAAN KERJA

Kerja-kerja hanya akan bermula setelah:

  • Pelanggan memberikan semua maklumat dan dokumen yang diminta dengan lengkap dan tepat; dan

  • Bayaran deposit telah diterima oleh pihak kami.


2. PROSES PENYEDIAAN

A. PELAN LORI

Pelanggan akan diminta untuk mengesahkan Draf Pelan yang diberikan.

  • Pelanggan hendaklah menyemak semua maklumat dan kandungan dalam pelan.

  • Sebarang kesilapan atau perubahan hendaklah dimaklumkan sebelum pengesahan.

  • Pelan hanya akan dihantar ke JPJ setelah pengesahan dibuat oleh Pelanggan.

  • Pelan tidak boleh diubah atau dibetulkan selepas dihantar ke JPJ.

B. SURAT TAYAR

  1. Pelanggan dikehendaki mengisi borang permohonan surat tayar yang disediakan serta menghantar dokumen yang diperlukan.

  2. Permohonan akan dihantar kepada pihak JPJ untuk semakan kesesuaian saiz tayar terlebih dahulu.

  3. Semakan akan dibuat oleh pihak JPJ berdasarkan formula dan kelayakan teknikal mereka.

  4. Sekiranya saiz tayar yang dimohon tidak diluluskan, pihak JPJ akan mencadangkan saiz maksimum yang dibenarkan.

  5. Pelanggan akan dimaklumkan keputusan semakan dan perlu membuat pengesahan untuk meneruskan permohonan.

  6. Setelah pelanggan bersetuju dengan saiz tayar yang dibenarkan, pelanggan dikehendaki membuat bayaran deposit untuk meneruskan proses.

  7. Permohonan akan diproses selepas bayaran deposit diterima.

  8. Maklumat permohonan tidak boleh diubah selepas proses rasmi dimulakan.

  9. Baki bayaran perlu dijelaskan selepas permohonan diluluskan sebelum dokumen dipos kepada pelanggan.

  10. Tempoh semakan dan kelulusan bergantung kepada pihak JPJ dan berada di luar kawalan kami.


3. PERMOHONAN KE JPJ

3.1 Penghantaran Permohonan

  • Pelan akan dihantar ke JPJ setelah Pelanggan mengesahkan Draf Pelan.

  • Permohonan akan dihantar dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

3.2 Selepas Permohonan Dihantar ke JPJ

  • Bayaran deposit tidak akan dipulangkan.

  • Pelan dan surat tidak boleh diubah atau dibetulkan.

  • Sebarang perubahan memerlukan permohonan baharu dan bayaran deposit baharu.

3.3 Kelulusan JPJ

  • Semua kelulusan pelan dan surat adalah hak mutlak pihak JPJ. Pihak kami tidak mempunyai sebarang kuasa terhadap keputusan kelulusan.

  • Kami bertindak sebagai penasihat teknikal dan wakil pemohon kepada pihak JPJ sahaja.

  • Semua permohonan dibuat mengikut prosedur, syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh JPJ.

  • Bagi kes atau situasi tertentu, JPJ berhak mengenakan syarat tambahan atau syarat khas yang mungkin berbeza daripada kebiasaan.

  • Permohonan boleh tidak diluluskan sekiranya berlaku perubahan syarat, kaedah kiraan atau had (limit) oleh JPJ yang tidak dimaklumkan lebih awal, atau terdapat maklumat yang terlepas pandang. Dalam keadaan ini, pihak kami akan merujuk semula kepada Pelanggan untuk sama ada meneruskan permohonan berdasarkan kiraan baharu atau pemulangan wang, tertakluk kepada persetujuan bersama.

3.4 Tempoh Kelulusan

  • JPJ memerlukan masa untuk memproses kelulusan pelan dan surat; tempoh ini adalah di luar kawalan kami.

  • Pelanggan akan dimaklumkan setelah kelulusan diperoleh.

  • Bayaran baki hendaklah dibuat sebelum proses penghantaran dokumen.

  • Pelanggan dinasihatkan supaya tidak membuat tempahan Puspakom selagi dokumen fizikal belum diterima.

  • Sebarang kerugian akibat tindakan ini adalah tanggungjawab Pelanggan sepenuhnya.


4. PENGHANTARAN DOKUMEN

4.1 Kaedah Penghantaran

Pelanggan boleh memilih Postage atau Pick-up.

  • Postage akan dibuat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas bayaran baki diterima.

  • Bukti postage dan nombor penjejakan (tracking) akan diberikan.

  • Pick-up hanya di pejabat PelanLori.com, Alam Budiman, Shah Alam.

  • Penetapan masa adalah wajib bagi tujuan kelancaran penyediaan dokumen.

  • Pick-up menggunakan servis pihak ketiga (contoh: Lalamove) dibenarkan; kos dan risiko ditanggung Pelanggan sepenuhnya.

4.2 Penerimaan Postage

  • Tempoh penerimaan adalah di luar kawalan kami.

  • Kelewatan kurier adalah tanggungjawab pihak kurier.

  • Pelanggan dinasihatkan supaya tidak membuat tempahan Puspakom selagi dokumen fizikal belum diterima.

  • Sebarang kerugian akibat tindakan ini adalah tanggungjawab Pelanggan sepenuhnya.

4.3 Risiko & Perlindungan Postage

  • Pelanggan ditawarkan insurans tambahan untuk penghantaran dengan bayaran RM20, meliputi nilai sehingga RM2,000.

  • Jika insurans tidak diambil, sebarang kehilangan atau kerosakan semasa penghantaran adalah tanggungan Pelanggan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, pihak kami akan membantu setakat kemampuan.

  • Bagi penghantaran yang diinsuranskan tetapi hilang, proses tuntutan adalah tertakluk sepenuhnya kepada terma dan prosedur pihak kurier.


5. TANGGUNGJAWAB & ETIKA PELANGGAN

5.1 Tuduhan Tidak Berasas

Sekiranya berlaku tuduhan tidak berasas seperti mendakwa perkhidmatan ini sebagai penipuan (“scam”), pihak kami berhak untuk:

  • Menahan penghantaran dokumen;

  • Menyerahkan dokumen hanya kepada Pemilik lori berdaftar seperti dalam SSM dan geran kenderaan;

  • Tidak membenarkan wakil mengambil dokumen bagi pihak Pemilik;

  • Melaksanakan proses pengesahan identiti dan pemilikan sebelum penyerahan.

Langkah ini bertujuan melindungi integriti syarikat dan memastikan dokumen diserahkan kepada pihak yang sah.

5.2 Penamatan Perkhidmatan

Kami berhak menghentikan kerja serta-merta dan memulangkan bayaran penuh atau sebahagian sekiranya Pelanggan:

  • Tidak memberi kerjasama;

  • Sukar untuk dibincangkan;

  • Melanggar mana-mana terma;

  • Berpotensi memberi kesan buruk kepada operasi atau imej syarikat.


6. GAGAL UJIAN PUSPAKOM

6.1 Semakan Punca

Jika gagal ujian Puspakom, semakan akan dibuat bagi mengenal pasti punca, termasuk:

  • Ukuran atau spesifikasi kenderaan tidak sepadan dengan pelan dan surat;

  • Kesalahan lain yang tidak berkaitan dengan pelan dan surat.

6.2 Penentuan Tanggungjawab

  • Jika kesalahan berpunca sepenuhnya daripada pihak kami: Pelan dan surat baharu akan disediakan tanpa caj tambahan.

  • Jika kesalahan berpunca daripada Pelanggan dan melibatkan pelan: Permohonan baharu diperlukan dan bayaran penuh akan dikenakan.

  • Jika kesilapan berpunca daripada pelan tetapi Draf Pelan telah disahkan oleh Pelanggan:

    • Tanggungjawab dianggap bersama;

    • Permohonan baharu masih diperlukan;

    • Pihak kami akan mempertimbangkan diskaun atau bantuan mengikut budi bicara.


7. REFUND

Sekiranya pelanggan membuat pembatalan perkhidmatan atas pilihan sendiri selepas bayaran deposit dijelaskan, jumlah pemulangan wang (refund) adalah berasaskan Jumlah Deposit Ditolak Caj Proses mengikut fasa kerja yang telah berjalan.

7.1 Struktur Caj Proses Mengikut Fasa Kerja

Fasa 1: File Opening & Admin Charges (RM 120.00)
Dikenakan sebaik sahaja fail pelanggan dibuka, semakan dokumen awal dilakukan, dan pendaftaran ke dalam sistem dalaman bermula.
Pembatalan pada Fasa 1: Jumlah Refund = [Jumlah Deposit] – RM 120.00

Fasa 2: Technical Drawing & Drafting Fee (RM 230.00)
Dikenakan apabila proses penyediaan dokumen, lukisan teknikal, reka bentuk pelan, dan penyelarasan spesifikasi lori telah mula dijalankan.
Pembatalan pada Fasa 2: Jumlah Refund = [Jumlah Deposit] – RM 350.00 (Kos Fasa 1 + Fasa 2)

Fasa 3: JPJ Submission & Processing Fee (RM 300.00)
Dikenakan apabila dokumen atau pelan rasmi telah diserahkan (submit) ke pihak JPJ.
Pembatalan pada Fasa 3: Jumlah Refund = [Jumlah Deposit] – RM 650.00 (Kos Penuh Fasa 1, 2 & 3)

Fasa 4a: Permohonan Lulus JPJ
Permohonan (pelan/surat) diluluskan penuh oleh pihak JPJ. Tiada sebarang pemulangan wang deposit dibenarkan bagi kes pembatalan selepas peringkat ini. (Deposit Hangus Sepenuhnya)

Fasa 4b: Pelan Gagal & Proses Pembaikan (RM 200)
Pelan ditolak atau memerlukan kueri (query) daripada JPJ. Konsultan menjalankan kerja-kerja semakan semula, pembetulan teknikal, lukisan pindaan, dan penyerahan semula (re-submission).

7.2 Penolakan Pelan Atas Desakan Pelanggan

Sekiranya pelan gagal atau ditolak di bawah Fasa 4b disebabkan tindakan pelanggan yang mendesak untuk meneruskan permohonan yang melanggar syarat, garis panduan, atau had limit yang ditetapkan oleh JPJ (walaupun setelah dinasihatkan oleh konsultan):

  1. Pelanggan TIDAK LAYAK menerima pemulangan deposit secara penuh (100% Refund).

  2. Jika pelanggan memilih untuk membatalkan kontrak semasa proses pembaikan (Fasa 4b) sedang berjalan atas faktor ini, atau enggan mengikut pelan pindaan yang dicadangkan, baki deposit akan dipotong mengikut jumlah kos kerja terkumpul (minimum penolakan kos adalah RM 650.00).

7.3 Layak Refund Penuh (100%)

Bayaran deposit boleh dipulangkan sepenuhnya tanpa sebarang potongan jika:

  1. Pelan kenderaan ditolak oleh JPJ atas faktor teknikal am dan setelah usaha pembaikan serta penyerahan semula (Fasa 4b) dilakukan oleh pihak konsultan, permohonan tersebut tetap menemui kegagalan.

  2. Proses pencarian sijil timbang berat kenderaan tidak berjaya dijalankan oleh pihak konsultan.

7.4 Tempoh Proses & Syarat Transaksi Bank

  1. Tempoh pemprosesan pemulangan wang (refund) adalah dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas mendapat pengesahan.

  2. Sekatan Pihak Ketiga: Demi faktor keselamatan, segala pemulangan wang hanya akan dimasukkan ke akaun bank yang mempunyai nama yang sama dengan Nama Syarikat pelanggan atau Nama Pemilik (Owner) asal yang berdaftar di dalam rekod/invois permohonan sahaja. Pemulangan ke akaun pihak ketiga (third-party account) adalah dilarang sama sekali.


8. FAIL & PENYIMPANAN

Kami berhak memadam semua fail (contoh: SSM, geran dan lain-lain) selepas tiga (3) bulan dari tarikh akhir urus niaga.

Penafian: PelanLori.com tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan yang disebabkan oleh faktor di luar kawalan kami termasuk semakan JPJ, perkhidmatan kurier, atau tindakan Pelanggan sendiri.

Dengan ini, Pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan keseluruhan Terma & Syarat sebelum membuat sebarang tempahan.

Terima kasih kerana mempercayai kami sebagai rakan servis pelan lori anda


9. TERMA & SYARAT TAMBAHAN PERMOHONAN PELAN KENDERAAN (BERISIKO TINGGI)

Pelanggan wajib membaca, memahami, dan memberikan persetujuan bertulis kepada terma tambahan ini sebelum pihak kami meneruskan sebarang proses permohonan pelan di peringkat agensi kerajaan:

  1. Risiko & Tempoh Kelulusan: Pelanggan sedia maklum bahawa permohonan pelan yang melibatkan pemanjangan casis (extend wheelbase) atau spesifikasi lebih had (over spec) adalah tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara dan kelulusan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Proses bagi kes berisiko tinggi seperti ini boleh mengambil masa yang jauh lebih lama daripada tempoh kebiasaan.

  2. Tanggungjawab Spesifikasi Kenderaan: Pihak syarikat memproses permohonan ini atas dasar permintaan pelanggan, sama ada kenderaan tersebut telah siap diubah suai terlebih dahulu, atau sebelum pengubahsuaian pada lori dilakukan. Sekiranya pelan gagal diluluskan kerana tidak menepati piawaian JPJ, segala risiko kerugian operasi atau fizikal adalah di bawah tanggungan pelanggan sendiri sepenuhnya.

  3. Tindakan Pelanggan: Pelanggan dilarang sama sekali melakukan desakan, gangguan, atau provokasi melampau terhadap pihak kami sepanjang proses kelulusan sedang berjalan di peringkat JPJ.

  4. Polisi Pemulangan Wang (Refund): Tiada sebarang pemulangan wang (no refund) akan diberikan sekiranya permohonan lewat, ditolak oleh JPJ, atau dibatalkan oleh pelanggan sendiri di pertengahan proses. Ini kerana kos operasi, penyediaan dokumentasi, dan urusan teknikal telah pun berjalan sepenuhnya menggunakan wang deposit tersebut.

  5. Ketelusan Proses: Segala bukti pemprosesan, kelulusan, atau surat kegagalan/penolakan daripada JPJ akan diberikan kepada pihak pelanggan sebagai bukti ketelusan kerja.

Dikemaskini pada 8 Julai 2026